Jentera 48 UDM Digerakkan

299

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Kesemua jentera dan asset PAS pada 48 Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam kawasan ini telah digerakkan dalam satu majlis sempena program ‘Chit Chat & BBQ’.

Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Hafiz Adam berkata, pengaktifan gerakan peringkat paling bawah itu untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas program tersebut di UDM Bukit Anak Dara pada 5 Julai lalu.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, YB Ustaz Che Alias Hamid ketika berucap di UDM Ibok sebelum itu, menegaskan masyarakat agar bersatu.

“Kita melihat sekarang orang melayu kini berpecah kepada beberapa parti. Kita perlu bersama dalam membangun negara Malaysia yang tercinta ini.

“Muafakat Nasional yang digagaskan oleh PAS perlu di terus dan diperkukuhkan demi melihat kestabilan politik negara kita,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman menyeru agar semua parti politik tidak mengira warna agar berpegang dengan tuntutan Islam.

Menurutnya, hanya agama suci itu sahaja yang dapat menyelamatkan generasi yang akan datang daripada sebarang ancaman.

“Inilah masanya (PRU15) kita perlu bersama dan bersatu,” tambahnya.