Putar belit Umno/BN boleh menyebabkan ‘kegelinciran aqidah’

848
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/saifulbahrimamat.JPG

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, PAS akan memberikan penjelasan tentang putar belit Umno dan Barisan Nasional kerana ia mungkin boleh membawa implikasi kegelinciran aqidah dikalangan umat Islam.

“semakin dekat (dengan) pilihanraya timbul isu macam-macam lah (isu tentang Hudud). Sebab MCA akan timbulkan isu (Hudud) dengan harapan orang Cina tak akan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat,

“kita kena beri penjelasan jugak sebab orang Melayu Islam salah faham juga ada (atas) beberapa isu yang ditimbulkan,”Katanya ketika berucap dlam Majlis Ceramah Penerangan di Kampung Limbong, Paka, dekat sini pada Selasa 12 Disember.

Beliau berkata, antaranya mereka menuduh Enakmen Hudud dan Qisas ialah undang-undang yang dicipta oleh PAS kerana hukuman hudud itu adalah hanya dikenakan kepada mereka yang berumur 18 tahun.

“dia (Umno/BN)  kata (hukum) Hudud itu, (ialah) Hudud PAS, sebab dia kata PAS (meletakkan umur) kena hukuman hudud itu umur 18 tahun, (katanya) 18 tahun ni ikut barat (sedang) undang-undng yang banyak di Barat tu (dia) tak peduli, yang ni dia sebut, bakpe (kenapa) khianat macam tu?,”soal Ustaz Satiful.

Menurutnya, terdapat khilaf didalam meletakkan had umur ‘mukallaf’, iaitu umur yang boleh dikenakan hukuman Hudud.

Perbezaan pendapat diantara Imam Shafie yang meletakkan umur 15 tahun sebagai umur yang ‘mukallaf’, yang boleh dikenakan hukuman, sebaliknya Imam Malik dan Imam Hanafi meletakkan umur 18 tahun sebagai had boleh dikenakan hukuman Hudud.

Oleh itu, Ustaz Satiful yang juga Pengerusi Majlis Tindka DUN (MTD Paka) berkata PAS meletakkan had umur yang boleh dikenakan hudud adalah 18 tahun, berdasarkan pendapat ramai ulamak.

“Sebab itu kita ada kaedah ni, yang kita hairan, sebab apa yang  dia itu tak terang mengikut penjelasan sebenar, yang jujur , yang baik dan yang sebenarnya tunjuk kepada orang yang bukan Islam,

“dia gunakan politik untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam (semata-mata) untuk memberi (meraih) sokongan,”jelasnya.