KUALA TERENGGANU – Ribuan golongan muda menyambut di lapangan terbang secara hadir dan puluhan ribu warga maya (netizen) dari seluruh dunia telah mengikuti siaran langsung program sambutan kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia termasuk dari Amerika Syarikat dan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia.


“dan lebih 55,000 orang telah mengikuti siaran langsung yang dibuat oleh HARAP TV melalui laman sosial,” ujarnya ketika mempengerusikan majlis tersebut di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.


Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu YB Utaz Arifin Deraman berkata, kehadiran yan ramai itu adalah satu petunjuk (signal) yang baik kepada PAS untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
“saya lihat dalam Dewan (Tok Guru) ini lebih 90 peratus yang hadir adalah orang-orang muda, ini ‘signal’ yang baik kepada PAS dan saya yakin PAS boleh menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke-14 ini,
“(ia adalah kerana) setiap kawasan DUN kini mempunyai tidak kurang 3,000 orang pengundi baharu,” jelasnya.


“kita berhimpun pada pada malam ini bagi menyatakan kesyukuran kita kepada Allah sebagaimana yan diajarkan kepada Rasuluuah,
tiada nikmat yang lebih besar yang patut kita syukuri selain niknat iman dan Islam, nikmat terhadap syariat Allah dan nikmat yakin dengan perjuangan bagi menegakkan agama Allah,” kata beliau.




























