Pulau Burung Yang Menakjubkan!!!

2036

MARANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim memanjangkan kebimbangan beliau, tentang usaha pembangunan Tasik Kenyir yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Beliau mengulangi kebimbangan PAS, yang dinyatakannya dalam sidang DUN pada awal Disember lalu, projek-projek pembangunan yang sudah mencecah RM300 juta itu akan menjadi sia-sia sahaja.

chir chat pemuda rhu rendang“mula-mula (saya) pergi Pulau Bayas……… (Projek pulau bebas cukai) Pulau Bayas ni RM300 juta dah habis ……….bukan sikit (belanja tu). Bajet baru yang khas pula untuk pembangunan Tasik Kenyir sebanyak RM140 juta.

“Kemudian selepas pergi Pulau Bayas ni, saya pergi ke Pulau Burung yang terletak di Terengganu mati, (sudah) habis (belanja) hampir RM6 juta.

“Tapi (bukan hanya) tidak ada seekor pun burung dengan orang -orang (yang menjaganya) pun tidak ada,”jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian dalam ‘Progran Chit-Chat’ Dengan Pemuda PAS DUN Rhu Rendang pada Isnin malam, 14 Disember.

Katanya hanya seekor burung Merak sahaja yang terdapat pada Pulau Burung itu, semasa belaiau melawatnya kira-kira beberapa minggu yang lalu.

Hishamuddin pulau burungApa yang menarik, menurut beliau ialah, beliau terjumpa komen yang ditinggalkan oleh YB Kuala Berang Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang.

Katanya, Tengku Putera yang ketika itu adalah Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata pembangunan Pulau Burung itu amat menakjubkan.

“Dia tulis situ, dia kata terima kasih dan tahniah……… Sungguh menakjubkan. Dan pasti akan menjadi tarikan kepada pengunjung Tasik Kenyir.

“Kepada pekerja jaga baik dan kekalkan kehebatan Tasik Kenyir. Sekian selamat maju jaya. Datuk Tengku Putera Awang speaker Dun Terengganu,”ujar Hishamuddin membacakan komen tersebut.

Justeru itu, katanya, kini memang betul-betul Pulau itu sangat menakjubkan, sehingga tidak ada burung yang tinggal di Pulau itu.

https://youtu.be/mY9meMzJGVQ