Puas Dapat Menyumbang Kepada Jamaah

827

Oleh : Zul Shawal

KUALA TERENGGANU – Kelebihan yang dikurniakan oleh Allah digunakan sebaik mungkin untuk berbakti dalam jemaah Islam. Dengan pengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang rekabentuk (designer), Ahmad Faizol Yusof atau lebih dikenali ‘Pejo’ kini menguruskan perniagaan milik beliau sendiri.

IMG-20150409-WA0078Premis perniagaan yang terletak di Kampung Losong Hj. Safie, Kuala Terengganu mula beroperasi sejak tahun FEMAYO Marketing menjalankan perniagaan percetakan dan sulaman baju.

“Dulu saya timba ilmu daripada majikan lama di Wakaf Bruas, alhamdulillah dengan ilmu dan keyakinan dapat saya memulakan perniagaan sendiri,”ujar Pejo ketika ditemui di kedai beliau.

Pengalaman yang diperolehi, kini diterjemahkan dengan membantu gerakkerja parti PAS dengan mereka poster dan banner.

Terbaru beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan dan mencetak buku cenderahati untuk program Ijtima Perpaduan Ummah kali ke 3 yang diadakan di Rusila, Marang baru-baru ini.

“Rasa puas hati apabila berjaya menyelesaikan tugasan yang diamanah, caj yang saya kenakan rendah kerana itu saja cara saya dapat membantu PAS,” jawab ringkas beliau ketika ditanya perasaan beliau dapat menjayakan tugasan parti.

Pejo juga merupakan pengiat media bagi Kumpulan aktivis Media Independen (KAMI) sebuah NGO yang membuat liputan media bagi Buletin Online.