Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam telah bersiap sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14).
Ahli Dewan Undangan Negerinya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, 10 daripada 12 Unit Peti Undi (UPU) telah pun digerakkan sepenuhnya.
“kita (PAS) telah bersedia walaupun Perdana Menteri kita tidak beritahu tarikh sebenar saperti mana juga pilihan raya terdahulu kita tetap bersedia,


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Markas UPU Kuala Bekah pada 11 hb Januari 2018.
Menurutnya, ia bukan hanya ‘satu gimik’ semata-mata bahkan ahli dan penyokong PAS pasti bersiap siaga untuk mempertahankan kemenangan seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Terengganu..
Majlis ini yang di hadiri oleh 100 petugas itu turut dihadiri oleh Naib Yang DiPertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.


“dia tuduh PAS macam-macam sedangkan kerajaan Umno-BN terus menzalimi dan tidak bersifat belas ihsan kepada rakyat,
“dengan mengambil tanah penempatan di kampung kampung tradisi orang Melayu untuk pembinaan ‘KT Bypass’ dengan bayaran pampasan yang tidak memadai bagi mereka ini,
“semua tindakan ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa slogan ‘kononnya’ membela rakyat tidak layak bagi kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Razif,” ujar Haji Amzad.




























