PRU14; Menangi Hati Dan Minda Rakyat

1568

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali semua PAS kawasan di seluruh negara meningkatkan usaha memenangi hati dan minda rakyat.

Katanya, tanpa sokongan kuat para pengundi, walaupun jentera kuat, PAS tidak akan menang dalam satu-satu kawasan pilihan raya itu.

“sebaba itu yang paling penting bila kita bercakap tentang pilihan raya ialah memenangi hati dan minda rakyat, pengundi untuk bersama dengan kita…….ini yang paling asas,

“sebagai satu elemen yang paling penting menghadapi pilihan raya umum akan datang.” tegasnya.

Beliau berkata demikian menggulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, pada Isnin 1 Mei.

Beliau mengulangi pemakluman kepada lebih 1,200 perwakilan yang hadir, unjuran tarikh tarikh pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) adalan diantara bulan Septeber tahun ini, atau selewat-lewatnya pada bulan Jun 2018.

“petunjuk yang pertama berdasarkan perlembagaan negara, PRU14 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Jun akan datang, walaupun kerajaan tidak menentukan tarikh, parlimen akan bubar sendiri, kerana tempoh lima tahun sudah cukup,

“tarikh paling awal…….persempadan semula kawasan pilihan raya yang dibuat oleh SPR beberapa bulan lalu dan termasuk persempadan negeri Sabah yang telah diluluskan perlu dibawa kepada sidang parlimen untuk diluluskan dengan majoriti mudah,

“sidang parlimen yang paling hampir ialah bulan Julai tahun ini……..maka pilihan raya paling awal boleh dilakukan pada bulan September tahun ini,”jelasnya.

Oleh kerana itu, beliau berkata, PAS telah membuat persiapan dan jentera pilihan raya jentera telah dilancarkan di semua negeri.

Menurutnya, ada kawasan-kawan yang telah melancarkan jentera mereka sehingga ke peringkat kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri.

Justeru itu, beliau berkata, ada tiga elemen yang menentukan kemenangan PAS dalam satu-satu pilihan raya.

“ada tiga elemen yang mempengaruhi samada kita boleh menang ata sebaliknya dalam satu-satu pilihan raya, pertama ialah sokongan pengundi,

“yang kedua ialah yang berkait dengan strategi, bagaimana (kaedah yang diambil) bagi meningkatkan sokongan terhadap PAS atau mengurangkan sokongan kepada parti lawan,

“yang ketiga adalah jentera, bagaimana jentera kita boleh menembusi kubu lawan melalui pelbagai aktiviti yang yang dilakukan, melalui dewan-dewan dan agensi dalam PAS,”kata beliau.