PRU13 – Najib Sepatutnya Jumpa Bincang, Bukan Sesuka Hati

1023

Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji MOhd Abdl Wahid Endut berkata, beliau sering ditanya oleh setiap orang yang ditemuinya berkenaan ‘tarikh misteri’ PRU akan datang itu termasuk ‘kawan-kawan’ daripada Umno.

“bila orang jumpa saya, orang tanya bila pilihanraya? Saya tak boleh nak jawab, sampai orang-orang Umno pun tanya, saya kata patutnya mereka lebih tahu,

“tapi dia jawab balik, kita pun tak tahu, Perdana menteri pun tak tahu, yang tahu isteri Perdana Menteri….,”ujar Haji Wahid ketika berucap merasmikan Markaz Besar DUN Ramtau Abang baru-baru ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengadakan satu pertemuan dengan semua parti jika ingin mengadakan pilihan raya umum, bukannya dilakukan secara mengejut.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia sepatutnya menjadi adab dalam hubungan persekutuan, parlimen dan negeri-negeri dinegara ini.

“Jika ikut adab persekutuan dan parlimen, sepatutnya jika pilihan raya mahu diadakan, Perdana Menteri perlu berunding dahulu dengan semua menteri dan parti. Bukan ikut suka mahu buat saja.

“Tapi disebabkan negara kita ini sentiasa suka buat perkara yang mengejutkan tidak seperti negara demokratik lain, maka kita perlu sentiasa bersedia,” katanya kepada media selepas melawat mangsa banjir di Hulu Langat Selangor  semalam Selasa 13 Mac.

Menurutnya, PAS akan mengadakan perbincangan semula bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya umum serentak di negeri pemimpin Pakatan Rakyat (PR) jika pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen awal.

Beliau yang juga anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas keputusan PR akan memutuskan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri pimpinannya.

Beliau menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.