Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

PRU-13 Dan Perlaksanaan Caretaker Government [Kerajaan Sementara]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/pilihanraya.jpg

dan bakal dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat adalah sangat bertepatan dan wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bagi menjamin pilihanraya yang bakal berlangsung, berjalan secara adil dan aman.

2.      Pemuda PAS berpendapat, konsep kerajaan sementara (caretaker government), atau lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘kerajaan pemegang amanah’, adalah sebuah kerajaan yang mengambil alih peranan kerajaan yang memerintah (incumbent government) secara sementara, bermula daripada tempoh pembubaran parlimen dan sepanjang tempoh kempen pilihanraya, berakhir dengan tempoh kerajaan baru terbentuk (new government), dengan memenuhi kriteria tidak-berpihak (neutral), bebas-politik (apolitical) dan berwibawa (competent).

3.      Prinsip ini adalah bertepatan dengan prinsip kepemimpinan (siyadah) dalam Islam yang menekankan ketinggian nilai integriti dan amanah dalam proses perlantikan pemimpin dan peralihan sesebuah kuasa, berpaksikan kepada pengiktirafan terhadap hak ahli mesyuarat dan rakyat dalam membuat keputusan melantik pemimpin secara adil dan telus. Rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan pemegang amanah (caretaker government) ini adalah bagi menghormati prinsip peluang samarata (level playing field) bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihanraya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan (life goes on) dalam menjaga kepentingan awam, di samping prinsip pemisahan kuasa (separation of power) di antara entiti kerajaan dan parti politik.

4.      Memandangkan konsep ini tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri wajar mengambil model kejayaan sistem kerajaan sementara (caretaker government)di beberapa negara Komenwel seperti di Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU13 ini. Antara amalan terbaik yang wajar dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut adalah dengan penekanan terhadap tanggungjawab halangan (negative obligation) sepanjang tempoh kempen pilihanraya, antaranya tiada penggubalan dasar dan keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender dan kontrak besar, dan yang paling utama, tiada penyalahgunaan kewangan, jentera dan media ataupun 3M (Money, Machinery, Media) oleh pihak kerajaan memerintah (incumbent government).

5.      Bagi memperincikan konsep kerajaan pemegang amanah ini, Pemuda PAS telah menjalankan kajian yang diselia oleh Institut Kajian Polisi DPPM, dengan mengambil kira pandangan ahli akademik dan pengamal undang-undang serta konsultasi awam bersama beberapa NGO-NGO, untuk menerbitkan nota cadangan ke arah pelaksanaannya. Dokumen polisi tersebut bertujuan untuk mengemukakan syor dan kaedah terbaik pelaksanaan di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam aspek siapa (who) dan bagaimana (how) dalam konteks pengamatan terhadap ruang dan implikasi undang-undang bagi menjunjung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

6.      Pemuda PAS menjangkakan pilihanraya kali ini bakal dicemari oleh pihak UMNO/BN yang terdesak untuk mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka, di samping tidak menolak kemungkinan situasi parlimen tergantung (hung parliament) dalam PRU13 ini, iaitu kebarangkalian keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara mutlak. Seluruh anak muda Malaysia menolak sebarang taktik kotor dan jahat, sepanjang tempoh kempen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan pasca PRU13.

7.      Pemuda PAS sentiasa komited untuk berpatisipasi dalam proses pilihanraya secara berakhlak dan berstrategi, menghormati etika dan prinsip undang-undang, mengiktiraf hak rakyat untuk memilih secara bijak, dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh rakyat.  Sejarah telah menjadi saksi terhadap keikhlasan PAS.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan