DUNGUN – Sempena Karnival Dakwah DPaka yang diadakan bermula 22 – 29 Mei ini, bertempat di Dataran PGU, Jalan Santong-Paka, Ameerah Paka mengadakan program realiti khas Pertandingan Pendakwah Cilik (PEDACIL).


Saringan pertandingan akan diadakan pada Jumaat 23 Mei, jam 9 pagi – 12 tengahari, Sabtu 24 Mei, jam 9 pagi – 12 tengahari, dan Selasa 27 Mei, jam 5 – 6 petang.
Manakala pertandingan akhir akan dilangsungkan pada Khamis 29 Mei jam 3 – 6 petang.
Untuk daftar dan maklumat lanjut, ibu bapa boleh menghubungi Cik Balqis 019-3050305 dan Cik Fira 017-915 6648.Hadiah menarik semestinya menanti.




























