1. 25/02/2013 Parlimen Hulu Terengganu
2. 01/03/2013 Parlimen Besut
3. 08/03/2013 Parlimen Marang
Konvoi tersebut adalah bertujuan untuk memberikan penerangan dan membangkitkan kesedaran dikalangan seluruh rakyat negeri Terengganu berhubung royalti petroleum yang masih dikembalikan ke pangkuan rakyat dan negeri terengganu.
Oleh itu konvoi ‘R’ akan mengadakan aktiviti bertemu dengan orang ramai, ceramah dan mengedar risalah penerangan berhubung perkara tersebut.
Konvoi ‘R’ tersebut akan bergerak pada setiap pagi hari Jumaat dari Kuala Terengganu dan menunaikan solat jumaat di masjid terpilih di kawasan parlimen terbabit.
Pelepasan konvoi ‘R’ tersebut akan disempurnakan oleh Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dilokasi dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
Untuk makluman, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah akan mengadakan sidang media sebelum setiap pelepasan konvoi ‘R’.
Justeru pihak Seketariat ‘R’ menjemput dan mempersilakan semua wakil-wakil media untuk membuat liputan, sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Setiausaha Kerja ‘R’, Syed Solah Syed Hassan pada nombor 0145347103.
Sekian Dimaklumkan, Terima Kasih
Syed Solah Syed Hassan
mewakili warga
Sekretariat ‘R’ Terengganu











