Oleh : DMS
SETIU – Sebanyak 48 buah motosikal telah menyertai perlumbaan ‘Super cub-cross’ di dalam program Medan Himpunan Pemuda Batu Rakit (MEMBARA 2016) di Kampung Pancur Kuin pada Jumaat.
Penyertaan yang cukup menggalakkan itu telah menarik minat Ketua Pemuda DUN Ustaz Shafizi Ismail untuk terus menganjurkannya lagi di masa akan datang.
“kita Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit merasa amat gembira dengan penyertaan dari golongan muda untuk bersama dalam program ini dan in sya Allah kita akan menganjurkannya lagi’
“dengan hadiah yang lebih besar jika di beri ruang dan kesempatan untuk memerintah pada PRU nanti.”ujarnya
Menurut beliau yang juga merupakan Exco Dewan Pemuda Negeri Terengganu, semangat setiakawan dan silaturrahim jelas terpancar pada semua yang hadir termasuk penonton yang begitu teruja dengan program yang telah diatur.
Sementara itu Amran Mohamad yang bertindak sebagai pengurus kepada tiga orang anaknya, yang menyertai pertandingan ini turut melahirkan rasa gembira dengan perjalanan pertandingan.
“dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengelak orang muda dari gejala tidak sihat dan saya harap ia dapat di teruskan lagi dari masa ke semasa,
“dan ucap tahniah pada Pemuda DUN Batu Rakit yang dapat menganjurkan program besar seperti ini.”katanya.
Di sebelah malamnya, tayangan skrin besar perlawanan bola sepak antara Terengganu melawan Selangor dan pertandingan ‘dart’ juga turut di adakan di tapak program dalam sesi santai barbeque yang mendapat sambutan luarbiasa dalam meraikan mereka yang menyokong program yang di anjurkan.
“kita mengharapkan agar semua yang hadir dapat bersama-sama jamaah islam dalam apa jua program yang di atur untuk memenangkan Parti Islam Semalaysia (PAS),
“bukan setakat program malam ini tapi pada semua program yang kita anjurkan dari semasa ke semasa,” menurut Timbalan Pengerusi MTD Batu Rakis, Ustaz Soufi yang menyampaikan tazkirah ketika perlawanan berhenti rehat.









