Profesor Datuk Dr Nik Zain Sahkan Wujud Amalan 10% Dalam Kerajaan

1120
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ceramah%20chukai.jpg

Menurutnya amalan tersebut dianggap sebagai perkara biasa dalam proses pemberian apa-apa kontrak kerajaan .

“misalnya kalau (pemberian) apa-apa kontrak itu, (rasuah) 10% tak payah bincang, its already there (ia telah termaktub di situ), you (kamu) ambik atau tak ambik 10% itu telah ada disitu untuk kamu,

“kalau 10% (rasuah) kalau nilai kontrak RM1 bilion dah berapa (jumlahnya) dah”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah di Geliga, Chukai dekat sini pada Khamis malam 6 September.

Beliau yang telah berkhidmat selama 34 tahun memegang pelbagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia berkata demikian ketika menceritakan kisah benar tentang amalan rasuah yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, ketika memegang jawatan terakhir sebagai KSU, suatu kontrak telah ditawarkan kepada seorang kontraktor  anak saudara kepada orang politik tertentu.

Beliau yang telah dilantik sebagai ketua bagi jawatankuasa menilai kontrak terbabit berkata,  kontraktor terbabit mempunyai saham 70% dalam syarikat tersebut.

Semasa proses kontrak tersebut dalam proses penganugerahan, beliau telah ddatangi kontraktor itu.

Beliau telah mengucapkan tahniah kepada kontraktor terabit kerana telah Berjaya mendapat kontrak yang bernilai lebih RM100 juta itu.

Namun, konraktor tersebut tidak gembia tetapi agak rungsing kerana terpaksa mencari wang sebayak RM20 juta untuk disumbangkan sebagai ‘dana politik’ kepada ahli politik yang telah meluluskan kontrak tersebut.

Turut menyampai ceramah pada mala itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Mantan Pegarah jabatan Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari dan Pengarah Majlis tindakan DUN Chukai haji Hanafiah Mat@ Ramly.