

Namun begitu, katanya, terdapat peningkatan yang nyata dalam sokongan kepada PAS disemua DUN dan sokongan dari masyarakat bukan Islam ermasuk Iban, Dyak dan Cina.
Beliau yang dihubungi lewat petang Sabtu, 16 April berakata, PAS turut kalah di DUN taruhan paling baik PAS iaitu DUN Beting Maro dengan majoriti dimenangi PBB 437 undi.
“Kita (PAS) kalah disemua DUN, di Beting Maro, calon kita kalah 437 undi, tapi ia cukup baik bagi PAS sebagai satu permulaan kepada satu perubahan, PAS mula diterima oleh rakyat Sarawak,”ujarnya.
Keputusan tidak rasmi dari lama PAS Sarawak mencatatkan di N.15 Muara Tuang PAS mendapat 2341 manakala BN mendapat 7282 dan di N.22 Sebuyau PAS mendapat 1180 manakala BN 3103 undi dan BEBAS 55
Manakala di N3 Tanjong Datu PAS – 971, BN – 3833 dan BEBAS – 165
PAS kalah paling sedikit di N.24 Beting Maro dimana calonnya Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mendapat 2578 undi, kalah kepada
calon BN yang mendapat 3014 undi.
Beting Maro;
PAS – 2578
BN – 3014
Undi Rosak : 37
Majoriti PAS : -437
Jumlah Keluar Mengundi : 5629
Peratus Keluar Mengundi : 71.54
Jumlah Saluran Menang : 10
Jumlah UPU Menang : 3
Untuk keputusan secara secara terperinci semua DUN yang PAS tandingi boleh di akses melalui capaian berikut;
http://sarawak.pas.org.my/dmdocuments/sarawak.html
Sementara itu, rakan Pakatan Rakyat DAP, sudah hampir pasti memenangi 12 daripada 15 DUN yang ditandingi.
Keputusan pilihanraya DAP boleh diikuti di pautan ini :http://www.sarawak4change.com/




























