KUALA LUMPUR – Lapan anggota Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) berlepas ke Sarawak untuk membuat liputan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang sedang rancak berlangsung kini.
Menurut Setiausahanya Khairul Azlam Mohamad petugas media terbabit akan memberi tumpuan kepada isu-isu penting sehingga hari mengundi pada 7 Mei ini.
“Hari ini misi kedua KAMI lebih besar serama lapan anggota bermula 3 hingga 7 Mei, hari membuang undi,
“kita akan fokus isu-isu tempatan yang besar dalam pentuk video dan penulisan bagi membantu calon-calon PAS yang bertanding di sebelah Kuching hingga ke Bating Maro,” ujarnya.
Kumpulan petugas tersebut kaya beliau terdiri terdiri daripada tiga wartawan , seorang jurugambar, seorang juruvideo, editor dan pemberita.
Katanya, kerana kawasan yang luas mereka akan berpecah kepada beberapa kumpulan, bagi memudahkan perjalanan dan melebarkan kawasan liputan.
“Kita akan pecah beberapa kumpulan yang ditentukan kerana kawasan yang luas dan faktor muka bumi yang pastinya memberi cabaran perhubungan dari satu-satu kawasan,
Sehubungan itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para dermawan dan penyumbang, terutamanya yang menghadiri Majlis Malan Malam Amal Media anjuran Unit Media PAS dan KAMI pada Jumaat 29 April lalu.
“saya mewakili seluruh wrga kerja KAMI dan Unit Media PAS Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami,
“selaku orang media, adalah mustahil bagi kami melakukan misi liputan yang melibatkan kos tanpa bantuan kalian semua,”ujar beliau.
Rombongan tersebut berlepas dari KLIA pada jam 9 pagi, hari ini 3 Mei, 2016.