PRN MELAKA; KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

161

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 25 Rabi’ul Awwal 1443 / 1 November 2021