Terengganu, Malaysia

PRK Port Dickson:PAS Tidak Gentar Dengan Pihak Lawan.

PRK Port Dickson:PAS Tidak Gentar Dengan Pihak Lawan.

Oleh : Aziz Hambali

PORT DICKSON –PAS tidak gentar berhadapan dengan  pihak lawan

PRK Port Dickson:PAS Tidak Gentar Dengan Pihak Lawan.
Tuan Haji Yahya Ali sedang ditemubual.
, walaupun calonnya dikatakan mempunyai ketokohan  kerana dunia pilihan raya apa sahaja boleh berlaku.

Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahya Ali berkata, pilihan raya yang diadakan ini adalah untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara kita.

“Petugas kita gigih bekerja, diharap keputusan pilihan raya yang akan diumum nanti akan memberi kesan pada kita”,  ujar beliau ketika ditemubual di Markas Induk, Bagan Pinang di sini pada 9. Oktober.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu itu bersyukur kerana jentera pilihanraya kempen berjalan  lancar dengan dibantu  masyarakat tempatan.

“Dengan kegigihan petugas-petugas PAS di Port Dickson akan memberi kesan pada pilihanraya yang akan datang”, jelas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu itu lagi.

Sehubungan dengan itu, PAS  Kawasan Marang juga telah menghantar sepuluh orang petugas bersama tiga kawasan lain mewakili PAS Terengganu, yang bertugas bermula 9 Oktober 2018 sehingga hari mengundi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan