‘Private Bill’ ; PAS Terengganu Seru Semua Ahli Parlimen Agar Sokong

961

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam usaha rang undang-undang persendirian untuk meminda Seksyen 2 Akta (355) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Menurut Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat, walau pun ia tidak sempat dibentangkan pada kali ini, ia akan dibentang pada sesi parlimen yang akan datang.

“Kita memberi sokongan penuh Tuan Guru Presiden Ahli Parlimen Marang dalam membawa ‘private bill’ (rang undang-undang persendirian) untuk memberi ruang kepada mahkamah syariah melaksanakan penghakiman dalam bidang syariah,

“kalaupun tak mungkin kesuntukan masa dan sebagainya pada sekarang ini diharap pada masa yang akan datang InsyaAllah ia akan tetap dibentangkan,”ujarnya.

Beliau berharap semua ahli-ahli parlimen yang beragama Islam, khususnya ahli-ahli parlimen Umno dari negeri Terengganu memberi sokongan apabila bacaan kali yang pertama rang undang-undang itu diluluskan kelak.

“Kita mengharapkan semua ahli parlimen Malaysia khususnya yang beragama Islam supaya dapat memberi sokongan kerana ini meibatkan ruang kesempatan untuk mahkamah syariah melaksanakan syariah,

“tapi macam mana kita orang Islam penganut agama Islam untuk (mahu) melaksanakan hukum syariat yang merupakan ibadat yang diwajibkan ke atas kita,

“maka inilah kesempatan untuk semua ahli parlimen tanpa mengira bakti khususnya yang muslim melayu supaya dapat memberi sokongan,

“khususnya di Terengganu sendiri kita harap (ahli parlimen Umno) dapat memberi sokongan sebab kita pun dengar Menteri Besar Terengganu bersedia untuk follow (mengikuti jejak langkah) Kelantan,”jelasnya.

https://youtu.be/zTtBJ0KlAJc

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat PAS negeri Terengganu di sini pada Khamis 9 April.

Ustaz Satiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk para petugas media yang turut sama memberi sokongan dan membuat laporan pendedahan khususnya berkait dengan program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang diadakan pada akhir bulan lalu.

Katanya, penganjuran program antarabangsa itu telah mencapai sasaran dan dan mendapat kejayaan serta memberi impak politik bukan hanya di peringkat nasional tetapi di peringkat negara.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucap terima kasih kepada pihak media, pihak polis yang memberi kerjasama, masyarakat dan NGO yang terlibat.

“(sebagi contoh) kita buat program ‘Derma Organ’ (lebih) 150 yang (bersetuju untuk mendermakan organ) biasanya derma organ ini orang takut,”kata beliau.