Oleh : Zam zam
MARANG – Lebih 40 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut malam semalam mendapat perhatian khusus Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang mengadakan lawatan serta merta menziarahi magsa terbabit.


Menurut Ustaz Sulaiman, kawasan yang terjejas dilawati Presiden adalah sekitar Kampung Bukit Gasing dalam DUN Rhu Rendang dan Kampung Jambu Bongkok dalam DUN Pengkalan Berangan.
“Kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung yang teruk dan banyak harta benda yang rosak seperti barangan elektrik kerana hujan lebat yang turun.


Katanya, sedikit sumbangan ‘kecemasan’ disampaikan oleh Ahli Parlimen Marang itu kepada setiap rumah yang dilawati, sebagai tanda simpati serta bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi mangsa.
Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman meminta mangsa agar bersabar dengan ujian ini serta berjanji akan memberi bantuan kepada mangsa ribut ini.


“agar bersabar menerima segala dugaan tersebut,”tambahnya.
Seorang mangsa, Puan Fatimah Abdullah yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok berkata, angin kuat yang melanda rumahnya sangat menakutkan.


“saya ucap terima kasih kepada Tok Guru dan rombongan yang datang melawat kami,”katanya yang ditemui dirumahnya.
Hasil tinjauan juga mendapati, ribut yang melanda kawasan tersebut telah menerbangkan bumbung rumah dan sebuah rumah yang agak teruk ditimpa sebatang pohon kelapa, mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian rumah.



























