Presiden PAS Mendapat Pemeriksaan Kesihatan

1054

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan yang baik dan sedang menerima pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan pada siang tadi.

Oleh kerana itu kerjasama dari semua pihak diminta agar dapat memberikan ruang kerehatan secukupnya kepada Tuan Guru, dan pihak PAS mengucapkan terimakasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini.

Pihak PAS amat menghargai keperihatihan semua pihak yang mendoakan kesihatan Tuan Guru yang berpanjangan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS.

8.30 malam, Jumaat 18 Nov 2016