Presiden PAS Adalah Pemimpin Ulamak Dunia – MB Kelantan

1124

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan perhargaan yang terlalu tinggi kepada Presiden PAS yang juga mantan Menteri Besar Terengganu di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia setelah dipilih oleh Ketuanya iaitu Profesor Dr Yusof Al-Qaradhawi di Muktamar Kesatuan Ulamak sedunia yang bersidang di Istanbul Turki.

IMG-20140823-WA0007Sebelum ini YB Dato’ Seri Tuan Guru haji Abdul Hadi Awang banyak memberi pandangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dipersada antarabangsa seperti di Palestin tambahan pula beliau adalah ahli jawatankuasa dalam lembaga amanah Muassasah Al-Quds. Beliau dilihat dengan ketokohannya sebagai penyelesai dalam beberapa isu ummah, beliau juga terlibat bersama Syeikh Qaradhawi untuk merapatkan beberapa mazhab yang berbeza pandangan sehingga beliau telah mengutarakan pandangannya tersendiri yang dikagumi oleh pihak lain.

Kepakaran dan pengalaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bidang politik islam tidak boleh dipertikaikan apabila beliau sendiri banyak memberi pandangan dalam perkara yang berkaitan dengan gerakan islam tambahan beliau pernah menjadi Pentadbir, Penggubal undang-undang, Ahli Parlimen dan Menteri Besar.

Kesatuan Ulamak Dunia adalah sebuah organisasi yang menghimpunkan ulamak seluruh dunia islam bagi membincangkan isu-isu ummah dan penyelesaiannya. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi diberi kepercayaan untuk menjadi orang kedua terpenting dalam kesatuan ini, bermakna beliau di iktiraf dari sudut keilmuan dan pengalamannya oleh Ulamak dunia lain. Terbukti beliau adalah pemimpin Ulamak dunia. Tahniah

Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Bertarikh : 27 Syawal 1435 / 23 Ogos 2014