Tema Persidangan antarabangsa ini ialah “ Health and the Muslim World ; Meeting the Millennium Development Goals “ Setakat ini hamper 500 peserta telah berdaftar dan lebih daripada 100 adalah peserta luar negara daripada 20 negara-negara Islam.
Objektif Persidangan ini adalah untuk:
a. Membincangkan isu isu Kesihatan dunia Islam yang perlu penekanan supaya matlamat Millennium Development Goals yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu akan dicapai oleh dunia Islam pada 2015.
b. Mengeluar resolusi ‘KL Declaration’ untuk menegaskan komitmen NGOs professional kesihatan Islam sejagat dalam membantu kearah merealisasikan matlamat kesihatan Millenium Development Goals.
Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk mewar-warkan Persidangan di atas.
Segala jasa baik, pertimbangan dan kerjasama dari pihak Y.Bhg Datuk di dalam perkara ini amat kami hargai. Untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi Presiden PPIM Professor Abdul Rashid Abdul Rahman (012-9892399) atau Prof. Madya Muhammad Najib Mohamed Alwi (012 9897475).
Maklumat lanjut mengenai persidangan antarabangsa tersebut boleh didapati di http://fimaconference2012.imamalaysia.org/