Terengganu, Malaysia

Pop Francis Gagal Menungkap Perkataan ‘Rohingya’

63082

Ketua Gereja Katolik dunia Pope Francis gagal menuturkan perkataan ‘Rohingya’ namun terus mahu mahu Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi terus menangani berterusan krisis kaum yang paling tertindas itu.

Pada mesyuarat perjumpaan di Yangon hari Selasa, Paus hanya menekankan kepentingan Myanmar menghormati “identiti” semua kumpulan etnik, tanpa menggunakan istilah ‘Rohingya’.

Beliau sebelum ini dilaporkan menngungkapkan kata-kata, “penindasan terhadap saudara-saudara Rohingya kita,” telah dinasihatkan oleh ketua biskop Myanmar untuk tidak menggunakan perkataan Rohingya.

Presiden Burma Rohingya Organization UK (BROUK) Tun Khin menegaskan tindakan orang yang paling berpengaruh agama Kristian tidak menggunakan perkataan ‘Rohingya’ adalah amat dikesali dan menyedihkan.

“Kerajaan Burma menafikan kewujudan kita, dan identiti kita……….Bagaimana paus boleh membangkitkan isu krisis Rohingya jika dia tidak menggunakan nama (Rohingya)?”

“Dia sepatutnya bercakap menentang kempen kebencian ini yang mensasarkan Rohingya dan minoriti lain di Myanmar,” kata Khin dipetik Al-Jazeera.

Pop Francis Gagal Menungkap Perkataan ‘Rohingya’

Khin berkata paus perlu menggunakan platform beliau untuk memberi tekanan kepada Aung San Suu Kyi dan Myanmar tentera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya dan berusaha membenarkan akses bantuan kemanusiaan kepada Rohingya.

Lebih daripada 600,000 Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dalam ketakutan menghadapi penindasan oleh tentera Myanmar.

Seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat telah mengakui tindakan tentera Myanmar yang disokong pihak Nasionalis dan Sami Buddha terhadap umat Rohingya, adalah satu penghapusan etnik.

Walaupun Hak Asasi Manusai PBB telah melukuskan resolusi dan menggesa mensyarakat antarabangsa menghentikan pembunuhan, namun tindakan tindakan yang jelas, menekan kuasa-kuasa di Myanmar.

Bahkan Ketua tentera Myanmar General Min Aung Hlaing secara terang-terangan terus menafikan dengan memberitahu Pope, ‘tiada diskriminasi agama’ di negara itu.

Sedangkan media antarabangsa telah mendedahkan bahawa ketua Sami Buddha Ashin Wirathu telah mempengaruhi tidakan kejam terhadap Rohingya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan