Politik Matang dan Sejahtera Seiring Dakwah ‘Media Baru’

804

Oleh : Nooreni Abu Bakar

SETIU – Muktamar adalah medan muhasabah bagi memastikan amanah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Puan Safinah Jusoh berkata, setiap anggota Muslimat perlu merealisasikan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ dan menjalinkan hubungan dengan semua pihak dalam melonjakkan kefahaman politik Islam.

muktamar mulimat3“Alhamdulillah kita dapat berkumpul untuk melaksanakan tugas ahli parti, bermuhasah demi memastikan DMPNT, dapat berdiri teguh menggalas amanah parti PAS yang mana akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Robbul Jalil,

“(Muslimat perlu) berusaha merealisasikan pendekatan politik matang dan sejahtera yang diperkenalkan PAS yang merupakan satu anjakan mentaliti dan kefahaman terhadap politik Malaysia,”tegasnya dalam ucaputama Muktamar Tahunan kali ke 43, di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Guntung di sini pada Sabtu 7 Mei.

Beliau berkata, Muslimat juga perlu peka dengan isu-isu persekitaran, terutamanya yang berkait dengan kehidupan seharian rakyat.

Katanya, Muslimat perlu ke hadapan dalam agenda tarbiyyah disemua peringkat dan memastikan setiap anggotanya istiqamah.

“Muslimat juga (perlu) cakna isu ekonomi, merasai denyut nadi derita rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan tampil dengan program-program untuk menyedarkan rakyat akan kezaliman kerajaan,

muktamar mulimat2“agenda tarbiyyah disemua peringkat mestilah diperkasakan untuk memastikan seluruh organ parti PAS yang kita sayangi ini terus istiqamah hingga kemenangan,”jelasnya dalan ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya Hajjah Zarani Othman.

Sehubungan itu, beliau menyarankan, agar setiap Muslimat dapat meningkatkan usaha dakwah ‘fardhiyyah’ menerusi media baru seperti Whatsapp, Facebook danTwitter.

Justeru itu, beliau berkata DMPNT juga perlu melahirkan insan media untuk melaporkan dengan berani, telus dan bertanggungjawab.

“Muslimat dan muslimat muda mesti menguasai media sosial dan dapat melahirkan lebih ramai pelapis media di setiap peringkat,

“untuk memastikan usaha dakwah, kebajikan dan siasah PAS dapat sampai kepada seluruh masyarakat,”tambah beliau.

muktamar mulimat1Sempena Muktamar ke-43 itu, DMPNT telah telah melancarkan ‘Page Rasmi’ DMPNT dan peringkat kawasan.

Menurut Ketua Peneranganya, Hajjah Maznah Muftahuddin, dengan pelancaran tersebut menandakan muslimat telah bersedia menghadapi dunia ‘cyber’.

Beliau menyeru para Muslimat mendepani cabaran ‘alam maya’ dan menjadikan media baru salah satu sumber maklumat dan ilmu yang dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Oleh itu saya mengajak muslimat supaya berani melangkah ke medan dakwah yang lebih terbuka ini untuk menangkis prejudis terhadap Islam khasnya dan juga PAS amnya,” ujar beliau

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.