Polis telah menahan 144 orang penunjuk perasaan selepas bertempur dengan para pelajar di sebuah universiti di Kaherah yang telah meengakibatkan lima pelajar cedera dan seorang kritikal.
Kementerian Dalam Negerib berkata, pelajar yang kritikal itu kini berada dalam rawatan rapi dengan luka parah apabila peluru menembusi dadanya selepas pertempuran di Universiti Al -Azhar pada hari Isnin.
Polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan di Universiti Al-Azhar dan seorang pegawai keselamatan berkata beberapa kereta polis dibakar dan bom petrol dilemparkan kepada pegawai polis.
Pelajar-pelajar yang menunjuk perasaan didakwa sebagai penyokong bekas presiden digulingkan Mohamed Morsi, yang terus menerus mengadakan protes sejak awal tahun akademik pada bulan September.
Tunjuk perasaan diadakan sebagai bantahan kepada perbicaraan kepada Mohamed Badie , pemimpin Ikhwanul Muslimin, yang muncul di mahkamah buat kali pertama sejak dia ditahan.
Mahmoud Subeiha, ketua keselamatan universiti, memberitahu TV swasta Mesir bahawa dia meminta polis masuk ke dalam universiti pada Isnin agar meredakan bantahan, yang sering turun menjadi pertempuran dengan polis.
Pelajar-pelajar telah bangkit pada hari Ahad terhadap sebagai tindak balas terhadap tindakan pemerintah Mesir mendakwa 21 rakan-rakan mereka ke mahkamah kerana protes sebelum ini.
Sementara itu, Mursyidul Am Ikhwan Mohamed Badie , 70 , menafikan kumpulannya telah melakukan apa-apa keganasan, ketika bercakap dari sangkar yang dikhaskan untuk defendan di mana beliau muncul dengan pemimpinIslam terkemuka lain, termasuk Mohamed el- Beltagi dan Essam el- Erian.
Badie sebaliknya berkata mengapa pihak keselamatan Mesir didak menyiasat pembunuhan anaknya dan pembakarannya rumahnya dan pejabat Ikhwan.
“Mengapa tidak anda menyiasat pembunuhan anak saya, dan pembakaran rumah saya dan pejabat kumpulan Ikhwan’?”kata Badie, merujuk kepada anaknya berumur 38 tahun yang terbunuh dalam protes 17 Ogos ekoran serangan pihak keselamatan Mesir terhadap kem bantahan.




























