Pihak penganjur telah menunggu sehingga jam 10.05 malam semalam, namun kelibat Pok Ya tidak kelihatan, walau pun beberapa kelompok penyokong Umno ‘dilihat’ berdekatan lokasi Debat tersebut.
Oleh itu, Setiausaha PAS Kawasan Dungun Norul Azhar Ali, selaku pengerusi, telah mengisytiharkan, Debat tersebut bertukar menjadi majlis penerangan bagi memberi penjelasan isu berkaitan, berhubung proses Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tanah generasi kedua Felda Ketengah Jaya.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menganggap ketidakhadiran Pok Ya sebagai satu tindakan ‘takut kerana salah’.
Menurutnya, pentas debat tersebut disediakan bagi menjelaskan kepada rakyat khususnya masyarakat Felda Ketengah jaya, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas masalah tanah generasi kedua.
Beliau yang juga Pengarah MTD PAS Paka berkata, sudah dua kali termasuk debat pada kali ini, ditolak oleh Pok Ya selaku ADUN Paka.
“Ini kali kedua, Pok Ya tak berani sahut cabaran kita, kali pertama kes Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang tanahnya dirampas dan diberi kepada JKKKK,
“saya dengar (dimaklumkan) dia (Pok ya) ada mesyuarat pagi tadi….ingat ke nak nak mari…….rupanya nak lari,”ujar Ustaz Satiful berseloroh.
Katanya, kerajaan PAS mengambil inisiatif membatalkan Akta Penempatan Bekelompok (Group Settlement Act – GSA) dalam usaha untuk merealisasikan impian anak-anak generasi kedua Felda memiliki tanah dan rumah sendiri.
“apabila PAS diberi mandat pada tahun 1999, kita (kerajaan PAS) telah membatalkan GSA demi untuk memberikan tanah-tanah kepada generasi kedua Ketengah Jaya yang telah gagal dilaksanakan oleh Umno sejak sekian lama,
“kita sediakan semuanya sebanyak 1,090 lot melalui beberapa proses, bila Menteri Besar mari……..peagwai mari…..bukan bolh beri tanah begitu…..kena proses ikut prosedur,”ujarnya.
………..[Berita selanjutnya menyusul]




























