Pilihan Raya Peluang Terbaik Membuat Perubahan Pemerintahan

759

HULU TERENGGANU – Pilihan raya umum yang diadakan lima tahun sekali adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk membuat perubahan menentukan pemerintahan.

Pengarah HARAP-PGU 3.6 Haji Yahaya Ali berkata, rakyat mestilah sentiasa ingat dan mengambil kesempatan melahirkan rasa hati mereka.

“Rakyat mesti ingat…….peluang lima tahun sekali adalah peluang yang terbaik……… kalau rasa bimbang atau tidak puas hati,

“dan marah dengan kos hidup yang melambung, GST, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kejatuhan mata wang,

“Ini lah masa yang terbaik untuk membuat perubahan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada siri pertemuan terakhir, malam penutup Himpunan HARAP-PGU 3.6, malam ni Sabtu 20 Mei, di Kuala Berang.

Justeru, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, PAS tidak kisah walaupun kerajaan Umno-BN Terengganu meniru lima manifesto awal PAS Terengganu yang PAS tawarkan, pada HARAP-PGU 3.5 di Besut, bulan Februari lalu.

Katanya, yang penting, rakyat negeri Terengganu khususnya mendapat manfaat dari apa yang yang disuarakan oleh PAS.

“namun yang penting rakyat mendapat faedah,” tegasnya.

Justeru itu, kata beliau PAS akan menawarkan lima lagi manifesto tambahan menjadikan sepuluh semuanya, yang akan PAS lajsanakan, sekiranya diberi mandate oleh rakyat pada PRU14 akan datang.

Oleh itu, beliau mengajak penduduk Terengganu, kususnya pengundiKuala Berang agar membuat perubahan.