KUALA NERUS – Rombongan PAS Kawasan Kuala Nerus yang seramai 18 orang telah berlepas ke Sarawak untuk bertugas di DUN Sadong Jaya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak(PRK) ke 11 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Zakaria Dagang berkata, pihaknya akan berkempan bagi memastikan cita-cita melahirkan ‘anak sulong’ ADUN PAS pertama di DUN Sarawak tercapai.
“Kami rombongan PAS Kawasan Kuala Nerus akan berangkat ke Sarawak untuk bertugas dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11, insya Allah dalam tempoh 5 atau 6 hari,


Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menambah, pasukan kempen itu turut disertai juga PAS Kawasan Besut dan juga beberapa kumpulan lagi.
Katanya, ia merupakan gelombang terakhir yang bersemangat untuk bertugas sehingga hari pilihanraya yang jumlah kesemuanya seramai 58 orang dari Negeri Terengganu.
Zakaria yang ditemui sebelum berangkat melahirkan keyakinan bahawa kumpulan terakhir ini mampu untuk memberi kemenangan kepada PAS.
“Satu pasukan yang kuat yang mampu memberi satu gerakan yang Insya Allah baik untuk kemenangan kepada kita dalam pilihanraya nanti”.
PRN Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mei ini, PAS bertanding di 11 DUN dimana di N24 DUN Sadong Jaya, Terengganu sebagai negeri bantu, menyaksikan PAS akan ditentang oleh calon PBB dan Calon Amanah.
https://youtu.be/0sExYzLyxiw



























