Bendahari PAS negeri Terengganu Cikgu Shukrimun Shamsuddin berkata, banyak pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat.
Menurutnya, Petronas wajar memberikan nasihat kepada pemimpin Umno bagi membangunkan negeri ini kepada negari yang lebih beranfaat kepada rakyat.
Katanya, sepatutnya ibu pejabat Petronas, bangunan berkembar ‘Twin-Tower’ dibina di Kuala Terengganu kerana ia akan menjadikan ibu negeri Terengganu sebagai bandaraya tumpuan dunia.
“kerajaan yang ada sekarang ini teruk, belanja tidak panadai…..pembangunan sedikit sebanyak ada tapi beritahu saya mana satu pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,
“Monsoon Cup diteruskan setiap tahun….apa benda yang boleh ke rakyat, zoo di Kemaman apa yang boleh kepada rayat, pulau bebas cukai di Kenyir …..apa manfaat yang boleh secara langsung kepada rakyat miskin,
“kalau cerdiklah (pemimpin Umno) Terengganu cerdik, (boleh) minta bersungguh-sungguh daripada Petronas (supaya) menara berkembar itu buat di Terengganu, ‘head-quaters’Petronas itu buat di Terengganu,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada Jumaat malam, 12 Oktober.
Beliau yakin kerajaan boleh memberikan tanah kepada Petronas dan tidak ada masalah pada masakini dari segi perhubungan di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.
Bahkan, menurutnya, sekiranya Petronas mendirikan ibu pejabatnya itu di Kuala Terengganu, ia turut akan menarik para pelabur lain membangunkan hartanah di negeri ini.
Selain itu, beliau mendedahkan tidak ada sebarang pampasan yang diberi oleh Tenaga Nasional Behad (TNB) ketika membangunkan empangan elektrik hidro di negeri Terengganu.
“masa beri Kenyir (kepada TNB) suka sangatlah kerajaan nak buat (projek) hidro (elektrik)….beri ke (kerajaan Pusat) TNB beri apa kepada negeri Terengganu? Beri saja (secara percuma) tidak ada pampasan,
“kita sedar (rupanya) boleh minta pampasan apabila kerajaan negeri Kelantan meminta pampasan empangan (elektrik hidro) Pergau (dari TNB),”jelasnya.
Justeru, beliau mencadangkan sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberri mandat memerintah negara Malaysia, bukan sahaja negeri Terengganu akan mendapat royalti Petroleum dan pampasan TNB, bahkan TNB perlu mengkaji tarif elektrik yang lebih rendah kepada rakyat Terengganu.
“kita nak minta TNB semak semula perjanjian tarif eletrik, biar sekurang-kurangnya tarif (elektrik bagi rakyat) Terengganu berbeza dengan negeri lain,
“semak untuk rakyat Terengganu supaya ada manfaat terus kepada rakyat Terengganu…..kurang 2 sen tak apa dah……,”katanya.




























