Oleh : NM
MARANG – Para peserta Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 mula memenuhi kaunter pendaftaran dan orang ramai telah ‘berkampung’ di perkarangan Dewan Tok Guru dekat Masjid Rusila, hari ini, Khamis 19 Mac.


Peserta dari luar Terengganu yang datang dengan bas mula tiba sebelum subuh.
Mereka sempat menunaikan solat dan bersama menghayati kuliah subuh yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Sehingga lewat pagi, peserta terus bertali arus dan keadaan pergerakan lalulintas agak pelahan namun lancar.
Unit Amal yang membantu perjalanan kenderaan dan para petugas keselamatan sudah berada di medan masing-masing, sejak awal pagi.


Walaupun beliau tidak dapat menghuraikan pengertian Ijtimak secara tepatnya, namun beliau tahu, Ijtimak kali ke-3 ini dihadiri oleh ramai para ulamak dan aktivis Islam dari seluruh dunia.
“Pok cik dok leh nok cerita banyoklah, dok reti! cuma bulih sebutnya semua ulamak dari seluruh dunia ni mari berkumpul di negeri kita.”
” mari sini ning pasal suka bedooh. Rugi kalu dok mari,”Ujarnya lagi dalam loghat Terengganu.


” Satu pengiktirafan bagi kita rakyat Malaysia apabila Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Timbalan Ketua Persatuan Ulamak dunia.
” Satu suntikan semangat kepada yang cintakan perjuangan Islam di Malaysia . Insyaallah kami sekeluarga akan bersama program ini sehingga 22hb Mac ini” Katanya lagi .




























