Peruntukan Besar Bukti PAS Komited Majukan Pertanian

1300

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Peruntukan besar sehingga RM15 juta dalam Bajet 2019 adalah bukti komited Kerajaan PAS Terengganu memajukan sektor pertanian di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, YAB Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga telah memberi jaminan bahawa sektor tersebut akan terus diperkasakan supaya kekal menjadi antara penyumbang utama ekonomi negeri.

“Walaupun (DUN) Kemasik kini dari segi peratusan sumbangan tidak sebesar mana, namun ia harus menjadi lebih penting selaras komitmen kerajaan memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

“Atas kesedaran bahawa pertanian merupakan sektor ekonomi yang strategik dan melibatkan faktor sosial khususnya kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara.

“kerajaan akan terus beri tumpuan perkasakan sektor pertanian dan agro-makanan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai jabatan dan agensi berkaitan pertanian di pejabatnya di Kertih, di sini, pada Selasa..

Menurutnya, beliau yakin bidang pertanian akan terus kekal menjadi sektor ekonomi yang penting bagi negara.

jumlah penduduk Malaysia yang kian bertambah dan tuntutan global terhadap bekalan makanan, saya

Pertemuan tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Daerah Kemaman, Mohd Fauzi Mohd Zin.

Antara jabatan dan agensi yang turut bersama menyertai kunjungan tersebut adalah Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Agro Bank.

“Rasa sangat bertuah hari ini dapat berkenal-kenalan dengan pegawai-pegawai, menambah ilmu pengetahuan berkaitan pertanian dan mendapat makluman terus mengenai insentif-insentif yang ditawarkan kepada rakyat oleh jabatan atau agensi berkaitan pertanian,” ujar beliau lagi.