Perumahan Rakyat Menjadi Keutamaan

1372

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Perumahan rakyat menjadi keutamaan dan kepentingan kerajaan PAS Negeri Terengganu dalam pembangunan industri hartanah.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, ia bagi memastikan seluruh rakyat pebgai golongan samada berpendapatan rendah, atau tinggi mampu memiliki kediaman.

“Pelbagai inisiatif dirangka dan dikaji oleh kerajaan negeri bagi memberi keseimbangan kepada pemilikan tanah untuk setiap golongan dapat dicapai.

“Pihak kerajaan negeri juga akan mengambil pandangan daripada pemain industri hartanah terutama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Terengganu agar dasar serta hasrat kerajaan dapat mengambil kira keperluan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga, Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2018 di UTC Paya Bunga Square pada hari ini, 25 Oktober.

Katanya, pihak kerajaan negeri amat menggalakkan exspo sebegini kerana ia memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan untuk memasarkan produk hartanah mereka.

Menurutnya, melalui pameran pengusaha juga yang berjaya mengumpulkan produk dalam skala yang besar di bawah satu bumbung.

Disamping itu, ia memberi peluang dan ruang kepada penduduk untuk membuat pilihan daripada tawaran yang dikemukan pada harga yang terbaik.

“Pihak kerajaan negeri juga berterima kasih di atas penglibatan Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain di bawah kementerian kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Dan juga anak syarikat kerajaan negeri sendiri itu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang turut serta mempamerkan dan menawarkan produk,” jelasnya.

Justeru itu beliau berharap semua rakyat dapat mengambil sebanyak mungkin manfaat daripada ekspo ini untuk mengetahui selok belok mengenai perumahan dan hartanah.