Pertukaran J3K Kepada Nama Baru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

2406

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 dan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar diselaraskan penggunaan nama MPKK bagi semua negeri maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini, 1 Ogos 2018 telah membuat keputusan berikut:

1. J3K bagi seluruh Negeri Terengganu akan mengguna pakai nama baru, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

2. Surat pemakluman tentang perkara ini akan dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua Pegawai Daerah esok.

3. Penggunaan nama MPKK ini perlu supaya berlaku penyelarasan dalam urusan berkaitan pengurusan kampung antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam urusan penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain.

4. MMKN juga menerima maklum akan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa perlantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua JKKK Persekutuan (JKKKP) dimansuhkan. Ini bermakna tiada pertindihan fungsi antara Negeri dan Pusat dalam hal pengurusan kampung.

YB Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
1 Ogos 2018