Satu pertempuran sengit di pangkalan tentera di bandar Jammu of Kashmir yang ditadbir India telah memasuki hari kedua menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang termasuk lima tentera terkorban
Para pegawai berkata, angka rasmi dikeluarkan pada hari Ahad menyenaraikan tiga penyerang terbunuh dan 11 orang cedera dalam serangan yang berterusan ke atas kem tentera Sunjuwan.
Ketua Tentera India Bipin Rawat telah bergegas ke Jammu untuk memantau keadaan.
Pegawai berkata, jumlah penyerang yang tidak diketahui telah menyerbu penjuru dalam kompleks kediaman kem, di mana mereka terkunci dalam kejadian berbalas tembakan itu.
Beratus-ratus polis, askar dan separa tentera dipanggil untuk mengusir pejuang, yang mengurung diri mereka di dalam bangunan berbilang tingkat.
Pasukan tentera India juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah dan sekolah.
Bercakap kepada Al Jazeera, seorang pegawai dari pentadbiran awam berkata sekolah-sekolah yang berhampiran telah ditutup sebagai langkah keselamatan, dipertingkatkan di seluruh kawasan terbabit.
“Keadaan ini terus menjadi tegang. Serangan itu telah berlaku di bandar utama. Pertukaran tembakan masih berlaku,” kata pegawai itu.
Menteri Dalam Negeri India Rajnath Singh berkata beliau sedang memantau keadaan.
Penyerang disyaki adalah gabungan kepada kumpulan Jaish-e-Mohammad, sebuah kumpulan berpangkalan di Pakistan yang telah melancarkan serbuan sama baru-baru ini terhadap tentera dan kedudukan separa tentera di rantau itu.
Jammu adalah bandar utama di bahagian selatan negeri Kashmir yang dipertikaikan, yang dituntut oleh kedua-dua India dan Pakistan sepenuhnya.
Kumpulam yang mengawal bahagian rantau Himalaya adalah majoriti Islam.
Kedua-dua negara bersenjata nuklear telah bertelagah sejak serangan ke atas sebuah kem tentera di Uri, Kashmir pada tahu 2016, meninggalkan 18 askar India mati..
New Delhi kerap menuduh Islamabad membantu pejuang di menyeberangi sempadan ‘de facto’ (Line of Control) untuk menyerang sasaran dalam India.
Pakistan menafikan dakwaan itu dan menekankan bahawa ia hanya memberi sokongan moral dan diplomatik kepada penduduk Kashmir.