BESUT – Persediaan penganjuran Himpunan PAS Harapan Semua Kali Kelima (HARAP 3.5) berjalan lancar dengan lebih 80 peratus kemudahaan asas tapak program telah disiapkan.
Penolong Setiausaha Jawatakuasa Induk Shalahuddin Jaafar berkata, menjelang esok, pentas utama akan siap dan bersedia menerima kehadiran pengunjung.
“kemudahan tandas sudah siap keseluruhanya 20 buah tandas untuk muslimat dan muslimat serta Pentas utama sedang dalam pembinaan,”ujarnya.
Oleh itu, beliau yakin HARAP 3.5 akan ini akan mendapat sambutan bukan sahaja dari kalangan warga Besut, bahkan dari rakyat negeri Terengganu seluruhnya.
“kita jangka akan mendapat sambutan yang hebat bukan sahaja oleh rakyat Besut tetapi seluruh Terengganu kerana rakyat telah bangkit untuk menukar kerajaan sekarang,
“saya menyeru kepada semua terutama golongan muda yang inginkan perubahan, muslimin dan muslimat, untuk hadir bersama-sama,” tegas beliau.
“setakat ni sudah siap belaka dah…….cuma tinggal bekalan elektrik yang in shaa Allah akan kita siapkan malam ini,
“pada malam Khamis ni kita boleh buat dah program kita, bermula daripada waktu maghrib, kita akan solat dan berkuliah di situ, dan selepas Isya’ kita akan solat hajat dan ada Malam Kesenian,”jelasnya, ketika ditemui semalam, Isnin 20 Februari.
Antaranya adalah; Jom Sihat Bersama Doktor, Sukaneka, Sembang Santai Bersama Muslimat dan Cabutan Bertuah.
Justeru itu, selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Kota Putera, Ustaz Adam mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung tanpa mengira latar belakang.
“”Semoga program ini membangkitkan semangat antara kita untuk bangun (membuat perubahan), bersiap sedia hadapi pilihan raya (akan datang),” katanya.