Perniagaan Adalah ‘Sunnah’

3433

Oleh : NM

DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, perniagaan adalah bidang diceburi oleh Nabi Muhammad SAW, menjadi ‘sunnah’ yang perlu diikuti.

“perniagaan adalah sunnah, kita meneruskan sunnah, semoga usaha kita melahirkan usahawan dikalangan peniaga muslim kita berjaya.

“walaupun kita tiada peruntukan, kita bantu mereka sekadar yang termampu, yang penting ada usaha memajukan diri dan berkat dari Allah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran ‘Food Trak’ di Balai Besar dekat sini pada Selasa 25 April.

Sehubungan itu, pemilik perniagaan bergerak itu Roslan Mamat, 55, bersyukur kerana cita-citanya memiliki kenderaan itu tercapai.

Katanya, ilham perniagaan itu muncul ketika beliau bersama rombongan Lajnah Asas Tani, Nelayan Dan Alam Sekitar (LATAS ) PAS Kawasan Dungun melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysian ( MAHA) 2016.

“Saya mari idea ni semasa melawat ke MAHA tahun lepas, jadi molek buat di Dungun ni. Dengan cabarang dan persaingan pernigaan yang ada molek saya cuba cara ini, bernaiga dengan trak

“Kenderaan mudah untuk kita berpindah ke tempat tumpuan orang ramai nanti,” kata pengusaha IKS hasil laut dengan penuh semangat.

Bapa kepada sembilan orang anakv tersebut sangat sukacita apabila hajatnya dapat disempurnakan Oleh YB Ustaz Wan Hassan.

Roslan juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan Ustaz Wan Hassan yang memberi sedikit wang yang akan dijadikan sebagai ‘modal pusingan’ perniagaannya.

Sementara itu, Pengerusi LATAS Kawasan Dungun Zakaria Tahir, melahirkan rasa gembira kerana pendedahan lawatan ke pameran MAHA membuahkan hasil.

Menurut beliau lagi, pihaknya sentiasa mencari peluang, bagi menghantar peserta dari kalangan golongan peniaga kecil, nelayan serta petani menambahkan maklumat dan pengalaman.

Majlis ringkag perasmian ‘Food Trak’ yang dimulai dengan solat hajat memohon keberkatan ilahi itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cik Alias Harun.