Permulaan yang baik untuk ‘Street Dakwah’

902

KUALA TEENGGANU – Usaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu menemui anak-anak muda dan orang ramai pada malam sambutan kemerdekaan disambut baik.

Ketuanya Wan Faizul Abbas berkata mereka turut mengedarkan risakah tentang isu rampasan kuasa tentera yang berlaku di Mesir dalam program Ekspedisi Dakwah malam sambutan kemerdekaan.

IMG-20130830-WA0014824445278“pada malam ini kita menerudkan aktiviti tahunan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dan juga Pemuda PAS Negeri bertemu dengan orang-orang muda dan orang ramai pada malam sambutan merdeka,

“AlhamduliLlah, sambutan penyertaan ekspedisi dakwah ini baik, sambutan orang rmai juga baik, mereka menerima rislah yang kita sebarkan,”ujarnya ketika ditemui oleh skuad Buletinonline di pantai Batu Burok.

Menurutnya ia satu permulaan yang baik bagi program ‘dakwah jalanan’ atau ‘street dakwah’ yang akan dilakukan secara berterusan selepas ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan orang ramai yang menjayakan program tersebut.