Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) sentiasa menunjukkan peningkatan permintaan daripada ibu bapa saban tahun yang ada kalanya tidak dapat menampung pelajar.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun mengalu-alukan pusat pendidikan pra-sekolah tersebut diperbanyakkan.
“PASTI Jalan Intan yang akan dibina ini, InsyaAllah akan dapat mengurangkan kesesakan pelajar di PASTI Balai Besar, ” katanya.


Sementara itu, Setiausaha PAS Cawangan Jalan Intan, Saudara Ismail Aziz berkata usaha-usaha pembinaannya bermula awal 2017 di atas sebidang tanah yang diwakafkan kepada PAS cawangan.
“Tapi masa tu ‘slow’ sikit, sebab masa tu kerja-kerja ke arah pilihan raya dan untuk dana pilihan raya, dana PASTI kita ‘hold’ dulu, ” katanya.
Menurutnya, selepas pilihan raya, kerja-kerja kembali rancak dengan membersih tanah yang pada mulanya merupakan semak samun dan mengadakan mesyuarat seminggu sekali.


Beliau seterusnya memberitahu sumbangan boleh disalurkan menerusi Pusat Tarbiyah dan PASTI Jalan Intan dengan nombor akaunnya 563091019488(MAYBANK ISLAMIC BANKING).




























