Oleh : Zul Shawal
KUALA TERENGGANU – Gerakkerja dakwah perlu luas dan dipelbagaikan agar Islam terus dilihat terbaik pada pandangan masyarakat. Berdakwah tidak hanya tertumpu kepada kerja politik sahaja, malah yang paling utama menyampaikan syiar Islam itu sendiri kepada masyarat non-muslim.


Ketika ucapan pembukaan majlis dialog tersebut, Ustaz Azman Shapawi menjelaskan lajnah yang diketuainya telahpun turun keperkampungan orang asal dalam Terengganu untuk menyampaikan dakwah Islam. Pelbagai pengalaman telah diperolehi ketika misi tersebut dijalankan.
‘Pengalaman Lajnah Dakwah Negeri, kami pernah berdepan dengan masyarakat orang asli (asal) untuk menyebarkan syiar Islam. Untuk muslim juga, kami telah menganjurkan dialog penerangan tentang hudud. Dan hari ini, kami bawakan kepada muslimin dan muslimat seorang bekas paderi untuk berkongsi pengalaman beliau ketika menganut agama kristian,’ ucap Ustaz Azman.
Tambah beliau lagi, para pendakwah harus memiliki ilmu dan arif terhadap teknik musuh Islam. Ini kerana mereka mempunyai pelbagai kaedah dan kekuatan untuk menyerang Islam dan penganutnya dari segenap sudut.

Majlis dialog tersebut telah mendatangan 2 penalis terkenal untuk membentangkan kertas kerja. Penalis tersebut adalah Dr. Ann Wan Seng yang merupakan Bekas penganut agama Buddha. Seorang lagi adalah Tuan Haji Ayub Abdullah, bekas Paderi Besar Vatica dan pengampun Dosa Antarabangsa.
Majlis forum yang berluma jam 3.00 petang dimulai dengan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Kristian: Satu Pengenalan dan Pendekatan’ oleh Tuan Haji Ayub. Manakala Dr. Ann Wan Seng membentangkan berkaitan agama dan penganut buddha.
Sebelah malamnya, satu ceramah perdana ‘Interfaith Dialogue’ (dialog terbuka) akan diadakan. Ceramah tersebut dibarisi oleh Timbalan Presiden PAS Pusat, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuan Haji Ayub Abdullah dan Dr. Ann Wan Seng.





























