Perlantikan Idris Jusoh DiPertikai

1002

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/10/derismmm.jpgDua hari lepas saya berada di The Mall selepas menghadiri Hari Terbuka ETP di PWTC. Seperti biasa saya menemui kawan-kawan di situ bersembang politik dengan Kisfi Zainal, Tok Mulu Dalam dan Fizi anak Datuk Abu Bakar Ali bekas ADUN Kemasik.

Tok Mulu Dalam beritahu saya bahawa seorang Exco Kerajaan Terengganu memberitahunya bahawa UMNO Malaysia melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Saya tidak percaya kerana biasanya tugas itu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri. Masakan Tan Sri Muhyiddin menyerahkan jawatannya itu kepada Idris pula.

Hari ini saya baca blog citrabangsa yang mengesahkan perlantikan Idris itu walaupun BN belum membuat sebarang pengumuman. Agak aneh juga kenapa jawatan itu diberi kepada Idris sedangkan sudah jadi tradisi Timbalan Presiden UMNO yang akan menjadi Pengarah Pilihanraya BN.

Blog citrabangsa juga mengatakan Idris akan dilantik sebagai menteri penuh tidak lama lagi. Saya rasa selagi Tuanku Mizan menjadi Yang Dipertuan Agong, Idris tidak akan dilantik sebagai menteri kecuali Sultan Kedah menjadi Yang Dipertuan Agong dua tahun lagi, bolehlah Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan nama Idris untuk dilantik sebagai menteri.

Seorang rakan yang ada sama dengan saya pada petang itu, Fakhrul Azman Abu Bakar menyanggah kenapa perlu dilantik Idris sebagai pengarah pilihanraya BN. BN menang di Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana Idris atau gelombang biru tetapi kerana Fakhrul telah memecahbelahkan PAS dengan PKR. Sebagai bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul mendakwa nasi bungkus gelombang biru tidak habis.Ini bermakna ramai yang tidak hadiri majlis gelombang biru.

Fakhrul mendakwa, apabila PKR dan PAS dapat dipecahkan barulah usaha menawan semula Terengganu berjaya dilakukan. Fakhrul adalah orang yang membawa Ezam Mohd.Nor menemui Pak Lah melalui setiausaha politik pak Lah, Datuk Wan Farid Wan Salleh. Akhirnya Ezam Mohd.Nor menyertai UMNO dan kini beliau dilantik sebagai Senator tetapi Fakhrul yang minta jawatan APMT bagi DUN Wakaf Mempelam sampai sekarang tidak dilantik kerana Timbalan Pengarah APMT, Haji Shamsudin Sulong berdendam dengan pak saudara Fakhrul di Pulau Bahagia.

Macam mana APMT mahu maju bila ada pegawai kerajaan tidak profesional lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. Orang seperti Fakhrul ini boleh buat kerja tetapi kerana dendam peribadi, surat perlantikan Fakhrul sampai sekarang tidak dikeluarkan.

Baca dari sumber>>