Jordan memanggil pulang dutanya dari Israel apabila perselisihan semakin meningkat berikutan tindakan demi tindakan, pencerobohan pihak berkuasa Israel ke atas bumi al-Aqsa as-Sharif.
Ia bantahan terbesar Amman terhadap Tel Aviv sejak perjanjian tahun 1994 ditandatangani.
Tentera Israel telah menyeberangi dan melanggar sempadan masjid al-Aqsa secara terang-terangan untuk melanjutkan projek ‘kuil gunung’ (mount temple) sejak 1967.
Tindakan Israel dianggap telah melanggar ‘garis merah’ dan sengaja membuat serangan dan perlanggaran terhadap masjid al-Aqsa.
Menteri Luar Jordan Nasser Judeh berkata Amman menarik duta besarnya kerana keadaan di kawasan masjid al-Aqsa.
“Kami telah menghantar mesej berulang-ulang kepada Israel secara langsung dan tidak langsung bahawa Baitul Maqdis adalah garis merah,” kata Judeh.
Beliau menuduh Israel dengan sengaja menyekat dan menghentikan orang-orang Islam mendirikan ibadah secara bebas dan membenarkan pelampau untuk masuk.
Agensi berita Petra Jordan melaporkan, pelanggaran ole rejim Israel itu menyemarakkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Oleh itu kerajaan Jordan akan membuat aduan kepada Majlis Keselamatan PBB atas tindakan Israel di kota Baitul Maqdis dan di perkarangan masjid al-Aqsa yang dikenali sebagai santuari mulia kepada umat Islam.
Jordan memegang amanah memastikan keselematan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa terpelihara dan bebas dari kongkongan Israel.




























