PAS Sembah Tahniah Penganjuran Multaqa Sultan Sharifudin Shah Al Haj

1240

PAS Selangor, melalui sayapnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menjunjung tinggi serta merafak sembah tahniah dan kegembiraan serta memberi sokongan penuh kepada Pihak Istana dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Menurut Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim, kedua-dua insitusi penting itu telah bersama bagi menjayakan Majlis Multaqa Sultan Sharifudin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah yang berlangsung pada hari ini.

“Program penerangan Kanun Jenayah Syariah ini (itu), menampilkan YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned selaku Mufti Kerajaan Brunei Darussalam sebagai pembentang utama,

“Patik dari Dewan Pemuda PAS Selangor amat mengalu alukan program berbentuk ilmiah dan penerangan seperti ini apatah lagi melibatkan penganjuran dari pihak Istana Tuanku.”ujar Syarhan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

IMG_20141106_204753Beliau menegaskan, penglibatan Kesultanan Selangor dalam memartabatkan ISLAM jelas termaktub dalam sejarah yang mengimbau kenangan seluruh rakyat.

Katanya,Sultan Alauddin Sulaiman Syah adalah antara Sultan Selangor yang bertaraf Ulama yang mampu mengarang kitab dan dibantu pula oleh seorang ulama Besar Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi AL Fathani.

“Anakanda Sultan Alauddin Sulaiman Syah iaitu Sultan Hishamuddin Shah Al Haj yg juga merupakan Nenda kepada Sultan Sharifudin pula,

“turut menghadiahkan Istananya di Kampung Jawa untuk dijadikan Kolej Islam Kelang yang akhir diuruskan oleh Allahyarham Prof Dr Zulkifli Muhammad.”jelasnya.

Sebagai mewakili sebahagian Rakyat Selangor, Syarhan sekali lagi merafak sembah tahniah, kepada Baginda Tuanku Sultan Sharifudin Idris Shah dan pihak Istana atas kejayaan menganjurkan Multaqa ini.

“Patik bersama anak-anak muda rakyat Tuanku menyokong penuh usaha Istana yang mahu memartabatkan Islam dan segala isi syariatnya.

“Moga kepimpinan Tuanku Sultan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT atas usaha yang murni ini,”tambah Syarhan