Perlaksanaan syariat

650
– Ulamak seru masyarakat bincang dengan ‘dada’ terbuka
KUALA TERENGGANU
– Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang ‘kabur’ tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan Hudud dan Qisas hukuman yang keras dan kejam serta menzalimi kaum wanita.

Katanya golongan tersebut sebenarnya telah meletakkkan tanggapan yang ‘serong’ terhadap syariat Islam.

“Kalau mereka melihat dengan cara yang baik, mereka tidak akan mengatakan wanita diketepikan bahkan mereka mesti menyebut wanita diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam,”tegasnya ketika mengulas kenyataan sebuah NGO Sisters In Islam yang dilaporkan terus menolak perlaksanaan hudud dan Qisas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lujnah Penerangan pada Khamis, 6 Oktober, di sini.

[Gambar – turut serta adalah ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu]

Beliau menjelaskan Hudud dan Qisas tidak menolak wanita untuk menjadi saksi, namun meletakkan lelaki terlebih dahulu kerana beban penyaksian tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tidak ada saksi lelaki, dua orang wanita boleh menggantikan seorang saksi lelaki.

>>>Dengar dan lihat penjelasan panjang lebar Ustaz Nik Zawawi dalam klip video di Buletinonline Channel

http://www.youtube.com/watch?v=P3Yl0jMHEgE