Perkhidmatan ‘Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi’ hanya angan-angan?

1375

KUALA TERENGGANU – Ketiadaan perkhidmatan internet jalur lebar (High Speed Broadband) yang lebih berkesan, bukan hanya menggagalkan objektif program ‘Kampung Tanpa Wayar’ bahkan ia adalah cuma angan-angan kosong yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

ariffindAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata hasrat kerajaan untuk memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati faedah perkhidmatan Internet jalur lebar tidak mungkin tercapai sekiranya pemasangan ‘kabel fiber optik’ tidak diselesaikan.

“keseluruhan kawasan dinegeri Terengganu…….apa yang ada sekarang hanyalah perkhidmatan internet biasa yang menggunakan talian ‘kabel kuprum’ lama berbanding ‘kabel fiber optik’ yang memancarkan mesej dengan gelombang cahaya,

“dan malangnya bagi rakyat Terengganu, diskriminasi berlaku apabila kabel fiber optik hanya dipasang di kawasan Menteri Besar di Teluk Kalong,”ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, program Kampung Tanpa Wayar yang diwar-warkan ‘sangat hebat’ adalah sebenarnya satu penipuan kerana ia hanya memberikan perkhidmatan yang terlalu terhad.

Katanya, di beberapa kampung yang diisytiharkan sebagai Kampung Tanpa Wayar hanyalah memberi khidmat internet seluas 300 meter sahaja dengan pancaran gelombang yang tidak stabil.

Bahkan dikebanyakkan kampung, kata beliau, dikebanyakkan kampung, ia hanya tinggal nama sahaja.

Fiber-optic-internet-cable“Ada kampung yang boleh dapat pancaran internet tetapi hanya setakat 300 meter, dengan kelajuan yang terlalu rendah dan sukar untuk melayari internet, bahkan ada kampung yang tinggal papan tanda sahaja,

“ada ‘signal’ pancaran gelombang tetapi tidak ada khidmat internet………dan yang lebih teruk, ada yang tidak beroperasi langsung,”jelasnya.

Justeru, kata beliau, objektif kerajaan untuk meningkatkan kadar penembusan penggunaannya serta merapatkan ‘jurang digital’ antara penduduk bandar dan luar
Bandar tidak akan berjaya.

Sehubungan itu, beliau menggesa keajaan memberikan lebih perhatian bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana menurutnya internet bukan lagi satu khidmat mewah kini tetapi merupakan keperluan harian.

“Kita (orang Terengganu) ada Menteri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, seorang dari Kemaman dan seorang dari Hulu Terengganu……..jadi kita harap mereka dapat menyelesaikan segera masalah yang berkaitan,

“bukan hanya setakat mengisytihar dan melancarkan program, tetapi biar rakyat Terengganu benar-benar menikmati khidmat jalur lebar………dan khusus kepada Menteri Besar supaya tidak bersikap diskriminasi, berlaku adil dan mengutamakan seluruh rakyat Terengganu,”tegasnya