Perjuangan Tidak Terhenti Di Sini

99

Assalamualaikum wbt

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Zahari Khalil atas kemenangan dalam PRN Dun Durian Tunggal.Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk ke sejahteraan rakyat Durian Tunggal.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya. Saya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan.

Tidak lupa ucapan terima kasih untuk semua jentera dan petugas daripada PAS , BERSATU dan GERAKAN yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua jentera PAS daripada Negeri Terengganu , Perlis dan Sabah serta jentera BERSATU dari negeri Perak dan Alor Gajah .Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada YB , Exco dan Kepimpinan Tertinggi PAS dari seluruh negara serta juga Ahli Parlimen Alor Gajah “Pak Wan” yang memberi sokongan tanpa henti.

Paling istimewa ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YDP dan Saf Kepimpinan PAS Kawasan Alor Gajah , Dewan Muslimat Alor Gajah , Dewan Pemuda Alor Gajah, Dewan Ulamak Alor Gajah dan Saf Kepimpinan JPrD Durian Tunggal di bawah pimpinan Saudara Azman Ahmad .

Tidak lupa juga untuk Unit Media yang sangat membantu proses kempen norma baharu dalam PRN kali ini.

Terima Kasih juga kepada seluruh ahli keluarga khususnya ibu tercinta , adik beradik , ipar duai , anak buah , isteri dan anak anak serta jiran tetangga yang bersama sama saya dan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Sesungguhnya perjuangan untuk agama Allah ini tidak akan terhenti di sini.

“Islam Menyatukan Ummah”

#Kepimpinan Bersih Dan Berintegriti

سيروا على بركة الله

Jaafar Bin Othman ( Jakpo )
Calon N09 Durian Tunggal