Perdana Menteri ‘Kurang Ajar’ Kepada Umat Islam Sekiranya Bubar Parlimen Pada Musim Haji

944

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Mohd Yusof Embong (gambar kanan) kebanyakkan orang Melayu Islam bercakap mengenai sesuatu isu berkaitan agama tanpa mengetahui hukum sebenarnya.

Beliau berkata, melaksanakan fardhu haji ada wajib, begitu juga mengundi untuk memilih kepimpinan yang baik adalah menjadi wajib kepada umat Islam.

“buat haji wajib, mengundi (pun) wajib kerana nak memilih pemimpin yang terbaik, bilakah haji di fardhukan pada zaman haji?

“haji wajib pada tahun ke enam (apabila ayat perintah diturukan) (tetapi) tahun ke tujuh Nabi tak pergi haji lagi, tahun ke lapan nabi tak pergi lagi, ke sembilan tak pergi lagi……. tahun ke sepuluh baru Nabi pergi (menunaikan) haji,

“maksudnya, pekerjaan haji itu adalah kerja yang wajib dibuat tetapi boleh ditangguhkan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian  pada program ketika menerangkan isu haji yang sedang diputarbelitkan pada Program Santai  anjuran Muslimat DUN Chukai, di sini petang Sabtu  16 Jun.

Sehubungan itu, mengulas isu yang sama, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (gambar bawah) berkata, kewajiban ibadah haji sebagaimana pendapat para ulamak adalah ibadah yang berbentuk ‘muwassak’ atau luas tempohnya.

Menurutnya, Haji tidak seperti ibadat sembahyang yang telah ditetapkan waktu-waktu utnuk melakukannnya.

“(ibadah) haji kalaupun kita (sudah) ada kemampuan pada tahun ini, tetapi tidak pergi lagi tahun ini, kita tidak berdosa, para ulamak kata haji wajibnya berbentuk ‘muwassak’ (iaitu) luas (tempohnya),

“maknanya kalau tak buat tahun ini, boleh buat tahun hadapan, bukan macam sembahyang pasal sembahyang dia ada waktunya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Forum yang diadakan di Kampung Geliga, Kuala Kemaman dekat sini, Sabtu malam, 16 Jun.

Katanya, mereka yang ‘jahil’ sahaja yang berkata, ibadah haji tidak boleh ditangguhkan

Beliau menegaskan, sebaliknya adalah menjadi satu kesalahan kepada pihak yang membubarkan parlimen dan melaksanakan pilihanraya pada waktu musim haji.

Katanya, yang terbaik kepada kerajaan adalah mengelak dari membubarkan parlimen pada musim haji kerana ia akan menghilangkan keresahan kepada para bakal haji.

Justeru, kata beliau, Perdana Menteri boleh dianggap sebagai ‘kurang ajar’ kepada umat Islam sekiranya membubarkan parlimen pada musim haji.

Turut hadir dalam kedua-dua majlis tersebut adalah Penolong Setiausan PAS Terengganu merangkap Pengarah MTD Chukai Haji Hanafiah Mat dan juga tetamu undangan yang merupakan selebriti, Abby Abadi.

http://www.youtube.com/watch?v=310RWAC0z4E

http://www.youtube.com/watch?v=TpO0Hjv8kzA