Oleh : Khairul Nizam Abdullah
ALOR SETAR – Jabatan Amal Malaysia telah berbesar hati mengadakan perbarisan kawalan kehormat bagi meraikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam menyokong Presiden yang telah berjaya membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang 355 baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Amal negeri Selangor merangkap Ketua Pegawai Kewangan Amal, Mohd Shehdi Hazriq Shamsuddin berkata, seluruh Jabatan Amal negeri-negeri terlibat dalam perbarisan yang diadakan di perkarangan Kompleks PAS negeri Kedah pagi ini disini.
“kita (Jabatan Amal Malaysia) mengadakan perbarisan kawalan kehormat ini pada setiap tahun sempena Muktamar PAS dan dijangkakan lebih ramai anggota Amal akan terlibat pada tahu hadapan”, jelas beliau.
Turut serta dalam perbarisan kawalan kehormat pada kali ini unit Amal Kelana seramai 30 anggota.