Perasmian HARAP-PGU 3.6; 2000 Motosikal Iringi Timbalan Presiden

7369

HULU TERENGGANU – Sebanyak 2,000 buah motosikal pelbagai kuasa, mengiringi Timbalan Presiden PAS sejauh 20 kilometer dari pekan Wakaf Tapai ke tapak Himpunan HARAP-PGU 3.6 DI Batu 24 Kuala Berang.

Menurut Ketua Alternative Club (ARC) Malaysia, Wan Ahmad Ridhwan Wan Husssin kesemua penunggang motosikal yang menyertai konvoi tersebut datang dari lapan daerah negeri ini, dari Besut hingga Kemaman

Katanya, mereka hadir dan memeriahkan Himpunan HARAP-PGU 3.6 secara sukarela dengan mengeluarkan belanja dari poket sendidi, tanpa sebarang imbuhan.

“daripada Wakaf Tapai kita melalu Jalan Langgar hingga ke Kampung Butut dan sampai ke tapak Himpunan lebih kurang mengambil masa selama sejam,

“mereka datang sendiri tanpa upah, isi minyak dengan duit masing-masing, untuk bersama-sama berhimpun dengan semua rakyat di sini,” ujar beliau, ketika ditemui di tapak Himpunan.

Beliau yang juga Mantan Ketua ARC negeri Terengganu berkata, terdapat peningkatan dalam jumlah peserta yang bersama Konvor tersebut berbanding jumlah yang mengikuti perarakan pada HARAP-PGU 3.5, di Kampung Raja Besut, pada Februari lalu.

Oleh itu, beliau menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankasa ARC Terengganu dan para peserta yang mengharungi cabaran.

“saya rasa gembira dapat menyertai sama konvoi pada pagi ini dan bagi pihak ARC Malaysia saya ucapkan tahniah kepada semua ahli jawatuasa ARC Terengganu,

“kerana berjaya menganjurkan konvoi yang sebesar ini dan kepada para peserta dari kalangan anak-anak muda bermotosikal….syabas!,” katanya