Perancis Gesa Tamatkan Segera, Sepenuhnya Penempatan Haram Israel

738

Presiden Perancis Francois Hollande telah menyeru supaya aktiviti penempatan haram rejim israel di atas tanah rakyat Palestin dihentikan sepenuhnya untuk sebuah negara masa depan.

Beliau menegaskan pembinaan haram itu adalah masalah bagi rundingan, yang telah ‘tempang’ sekian lama semenjak tiga bulan lalu apabila sedikit tanda kemajuan dicapai.

pemimpin Perancis berkata bahawa “Perancis menuntut dihentikan sepenuh dan selengkapnya aktiviti penempatan haram (Israel), ” katanya pada satu sidang akhbar di Ramallah sempena lawatan rasmi pertamanya ke wilayah Palestin pada hari Isnin

“Aktiviti penempatan (haram) merumitkan rundingan dan menjadikan ia sukar untuk mencapai penyelesaian kepada dua negara ,” kata Hollande .

Sejak persengketaan antara Israel dan Palestin kembali ke meja rundingan pada akhir bulan Julai , Israel telah membuat beberapa pengumuman membina ribuan rumah peneroka baru yang mengundang kemarahan Palestin.
“Jika anda mahu keamanan, anda perlu mempunyai isyarat ke arah keamanan ,” Hollande.