Oleh : Shafira (Peserrta Bengkel)
SETIU – Lajnah Penerangan PAS Setiu dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipendent (KAMI) telah menganjurkan satu bengkel pengendalian media peringkat kawasan Setiu di Kompleks Tarbiyyah Lukmanul Hakim, Guntong Luar.


Peserta bengkel tersebut terdiri daripada wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu (DPPKS), Dewan Muslimat Pas Kawasan Setiu (DMPKS), Jabatan Amal Setiu, PASTI Kawasan Setiu dan wakil dari setiap MTD Setiu.
Bengkel ini di anjurkan bertujuan untuk melahirkan pelapis-pelapis dalam bidang media dan kewartawanan terutamanya di kawasan Setiu.
Wartawan Harakah Khairul Azlam Mohamad, berkata,” Peranan media amat penting untuk kita menyebarkan berita, maklumat dan isu semasa yang betul kepada masyarakat”.
Selain itu yang turut hadir bersama ialah Editor Buletin online Sazali Mohd Noor yang berkata, bahawa sekarang ini PAS mempunyai banyak saingan daripada musuh-musuh yang sentiasa mencari kelemahan dalam parti itu.


Majlis penutup Bengkel Pengendalian Media itu di akhiri dengan sedikit ‘taujihat’ Timbalan Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi KAMI, memetik kembali kata-kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang ketika majlis makan bersama pasukan media iaitu,”kerjaya media adalah kerjaya jihad, tulislah perkara yang bermanfaat,”.





























